WhatsApp : 012 269 6625

Fabrik Far Infrared Membantu Meningkatkan Prestasi

Pemaju tekstil berteknologi tinggi Switzerland, Schoeller Technologies telah melancarkan rangkaian fabrik baru yang dikenali sebagai ‘Energear’ yang menggunakan Far Infrared Ray (FIR) atau Sinar Inframerah Jauh, untuk memastikan bahawa tenaga yang dipancarkan oleh badan diperoleh kembali bagi memberi kesan positif terhadap kapasiti prestasi dan kesejahteraan.

Teknologi ini mempunyai aplikasi dalam bidang sukan dan aktiviti luar, dalam persekitaran kerja dan dalam kehidupan hari ke hari. Bahkan pelari dikatakan telah melaporkan kadar nadi yang rendah dan prestasi yang lebih baik ketika memakai pakaian yang diperbuat dari fabrik ini.

Teknologi terkini Schoeller yang mengandungi matriks mineral di dalam fabriknya, adalah berdasarkan pengetahuan purba tentang keupayaan mineral tertentu untuk mengembalikan semula Far Infrared Ray, untuk memastikan tenaga yang dipancarkan oleh badan diperoleh semula. Pelari bukit berpengalaman Alan Miller dikatakan gembira dengan teknologi terkini Schoeller ini:

“Pada awal pagi, ketika masih separuh tidur, saya memakai jaket Energear itu. Saya terus terdakap oleh perasaan yang menyenangkan, dan walaupun saya belum keluar untuk berlari di laluan kebiasaan saya, saya telah pun terjaga penuh dan merasa bertenaga.”

Miller bukanlah satu-satunya yang terpesona dengan kesan positif daripada fabrik FIR Energear itu. Schoeller mengatakan bahawa ramai penguji lain melaporkan bahawa, kadar nadi mereka kekal lebih rendah pada aktiviti yang berat dan prestasi mereka bertambah baik secara ketara.

 

FIR Meningkatkan Tahap Oksigen Dalam Darah

 

“Pembalikan semula FIR menggalakkan lagi peredaran darah dan meningkatkan tahap oksigen dalam darah. Tenaga tambahan ini memberikan banyak kesan positif pada badan, seperti peningkatan prestasi dan pencegahan keletihan pra-matang, dan juga menambah-baikkan proses pertumbuhan semula,” kata Dagmar Signer dari Schoeller.

“Selain itu, fasa memanaskan badan yang lebih pendek adalah mencukupi dan secara keseluruhannya terdapat peningkatan dalam tumpuan dan kesejahteraan. Ciri-ciri kain seperti breathability, perlindungan cuaca dan keanjalannya masih dapat dikekalkan.

Dalam sesi ujian, orang yang sedang dalam fasa aerobik yang aktif menunjukkan peningkatan pengambilan udara dengan kadar nadi yang lebih rendah, lalu menghasilkan peningkatan pada prestasi dengan kadar pembentukan asid laktik yang lebih rendah. Oleh itu, pemakaian fabrik FIR Energear boleh diterima akal, terutamanya dari segi prestasi fizikal dan stamina,” Signer menambah.

Teknologi FIR ini boleh digabungkan dengan pelbagai fabrik, dengan fungsi seperti keanjalan, weatherproofing atau pengurusan kelembapan. Produk fabrik FIR ini juga boleh didapati pelbagai bentuk.

Pilihan dan bidang penggunaan untuk fabrik FIR ini adalah pelbagai; dari pakaian untuk berbasikal dan sukan gunung sehingga ke trekking dan mendaki, untuk motosikal, ski dan sukan musim sejuk serta pakaian kerja dan tentera atau untuk pemakaian di bandar dan jalanan.

 

Far Infrared Ray (FIR)

 

Far Infrared Rays adalah komponen sinaran inframerah. Matahari, beberapa jenis batu dan mineral dan juga makhluk hidup, semuanya memancarkan FIR. Far Infrared Rays dan sifat-sifat terapeutik mereka telah dikaji dan digunakan di China dan Jepun selama bertahun-tahun.

Tubuh manusia juga memancarkan FIR. Mereka dikatakan mempunyai beberapa kesan positif terhadap pemprosesan bertenaga dalam tubuh manusia. Mereka dirasakan sebagai menyenangkan, sedikit menghangatkan dengan peredaran yang lebih baik serta mempertingkatkan prestasi dan kesejahteraan umum.