WhatsApp : 012 269 6625

Penyembuhan Melalui Teknologi Fabrik Far Infrared

Teknologi terkini yang dipanggil Nano Technology membawa bersamanya banyak kemungkinan baru yang inovatif. Salah satunya adalah fabrik Far Infrared Ray (FIR) atau Sinar Inframerah Jauh yang berfungsi untuk penyembuhan.

Oleh kerana banyaknya fungsi teknologi Nano ini untuk fabrik pakaian, maka lebih mudah untuk dibahagikan kepada dua kumpulan; fungsi Primary (utama) dan Secondary (kedua).

 

a) Fungsi ‘Primary’:

  • Pemancar Far Infrared
  • Pembalik Far Infrared
  • Pelindung Electro Magnetic Field (EMF/EM Field)
  • Penyekat Ultra Violet ( UV )
  • Pembersih Pencemaran

 

b) Fungsi ‘Secondary’:

  • Pembersihan sendiri (Self Cleaning)
  • Anti bakteria
  • Anti kulat
  • Peneutral bau (Odor Neutralizing)

 

 

Bagaimana teknologi fabrik pakaian Nano boleh menyembuh?

 

Fabrik Nano FIR adalah satu-satunya produk di dunia yang penuh dengan keunikannya, memberikan banyak manfaat dan kemungkinan yang terkandung dalam satu bentuk pakaian, tetapi apa yang lebih penting ia menyediakan penyelesaian kepada masalah kekurangan tenaga penyembuhan yang disediakan oleh matahari.

Selepas 10 minit pemakaian, pakaian fabrik Nano anda akan melengkapkan kekurangan tenaga penyembuhan matahari melalui 2 cara:

Pertama

Pelepasan berterusan sinar inframerah jauh (FIR) dengan gelombang sepanjang 8 ~ 15μm, adalah jumlah spektrum yang paling bermanfaat untuk kesihatan manusia dan haiwan (penyelidikan oleh NASA)

Kedua

Melalui Diffuse Reluctance Infrared Light Technology (DRILT), cahaya inframerah yang dipancarkan oleh badan anda tersebar – dipantul dan dihantar semula ke badan anda.

Pakaian fabrik Nano dengan ketara akan melindungi anda daripada bahaya electrosmog EMF dan radiasi UV, dengan memantulkan ia jauh daripada anda. Dalam masa yang sama, pakaian anda akan menjadi self-cleaning (membersih-sendiri), anti-bakteria, anti kulat dan meneutralkan bau.

Adakah benar pakaian Nano ini akan self-cleaning?

Ya, benar. pakaian self-cleaning telah dikenali sekian lama, dan telah berjaya digunakan untuk kesihatan, alam sekitar, dan aplikasi ketenteraan. Kesan pembersihan diri (self-cleaning) ini dicapai melalui proses yang dikenali sebagai Photocatalysis.

Dalam perkataan lain, dengan kehadiran air, radikal oksigen akan dihasilkan di bawah sinaran cahaya, yang seterusnya boleh mengurai bahan organik sebagai contoh, bakteria, kulat, lemak, minyak, jelaga atau bahan tumbuhan serta bau.

Ini bagaimanapun tidak bermakna bahawa pakaian fabrik Nano ini tidak perlu dibersihkan. Namun keberkesanan fabrik Nano ini dalam penyingkiran bakteria dan bau membolehkan kita memanjangkan tempoh keperluan untuk basuhan.

 

Penggunaan Teknologi Far Infrared Ray (FIR)

 

Terdapat banyak produk inframerah jauh (FIR) yang terdapat di pasaran, namun melalui bentuk teknologi yang digunakan, kita boleh membahagikan mereka kepada 3 kategori seperti berikut:

1. Sauna Far Infrared

Sauna berbentuk kabin inframerah menggunakan pemanas nframerah (infrared heaters) untuk memancarkan cahaya inframerah yang dirasai sebagai haba sinar (Radiant Heat), yang diserap oleh permukaan kulit. Sauna traditional memanaskan badan melalui pengaliran dan perolakan dari udara yang dipanaskan dan oleh radiasi permukaan yang dipanaskan di dalam bilik sauna.

Sauna Far Infrared (FIR) Portable pula menggunakan karbon atau seramik sebagai unsur pemanas. Sauna portable FIR ini menggunakan kuasa elektrik yang dilengkapi kotak kawalan tangan dan selimut haba.

2. Selimut dan Pad FIR

Selimut ini terdiri daripada pad seramik pemanasan silikon dalam lapisan kedua di bawah selimut. Ia akan mula memancarkan tenaga FIR setelah dipanaskan oleh unit pemanasan di atasnya. Lapisan selimut terlindung di bawah lapisan FIR akan meningkatkan pengagihan haba FIR.

Pad FIR pada lapisan atas selimut menggunakan wayar karbon Galvano-thermic sebagai litar pemanasan, yang dalam masa beberapa saat akan mencapai tahap suhu yang dikehendaki, lalu mengedarkan haba ke keseluruhan selimut.

3. Fabrik (tekstil) Dengan Fungsi Far Infrared

Fabrik inframerah jauh adalah kategori baru tekstil pelbagai fungsi yang mempunyai fungsi untuk kesihatan dan kesejahteraan. FIR mengenakan kesan putaran dan getaran yang kuat di peringkat molekul dan cukup berfaedah dari segi biologi.

Manfaat yang disasarkan oleh tekstil FIR ini adalah untuk peningkatan peredaran darah. Bahan-bahan ini adalah berdasarkan kepada prinsip penyerapan tenaga daripada cahaya matahari dan kemudian memancarkan tenaga ini kembali ke badan mengikut tempoh gelombang tertentu.

 

8 Faedah Kesihatan Menggunakan Pakaian FIR:

 

1. Meningkatkan kandungan oksigen dalam badan
2. Meningkatkan sistem peredaran micro
3. Meredakan kesakitan atau lenguh:

a) Otot atau sakit ligamen tulang selepas senaman
b) Kesakitan yang disebabkan oleh kesalahan postur, penggunaan berlebihan atau kecederaan sukan

4. Memperbaiki sistem kencing dan pembiakan

Kesakitan haid (senggugut) yang biasa dialami wanita dan hipertropi prostat (atau Prostat Hypertrophy) lelaki, kedua-duanya boleh diperbaiki dengan inframerah jauh.

5. Meningkatkan metabolisme
6. Mengimbangi PH dalam badan
7. Menghilangkan sel penyakit
8. Memanjangkan hayat Fistula bagi pesakit Uremik

 

Penggunaan Inframerah Jauh Pada Perubatan

 

Inframerah Jauh (FIR) biasanya ditakrifkan sebagai gelombang elektromagnet yang panjang gelombangnya adalah di antara 4 ke 1000 mikron. Oleh kerana panjang gelombang ini berkait rapat dengan pertumbuhan organisma (4 ~ 14 mikron), FIR itu juga dikenali sebagai “Birth Light”.

Secara klinikal, mekanisme kesan inframerah jauh pada sel manusia boleh dibahagikan kepada thermal effect dan non-thermal effect.

Non-thermal effect adalah hasil daripada penyerapan dan peralihan molekul, dan haba akan dijana semasa peralihan ini. Kesan kedua-dua jenis terapi inframerah jauh ini pada badan manusia boleh digunakan untuk tujuan perubatan. Sel-sel badan kita boleh menyerap tenaga FIR dan bergema dengannya, untuk mencapai kesan pemanasan.

Aplikasi klinikal FIR termasuklah untuk:

  • Melegakan kesakitan
  • Penyembuhan luka
  • Rawatan tekanan darah tinggi
  • Melegakan tekanan mental
  • Meningkatkan kualiti tidur
  • Kawalan gula dalam darah
  • Menghilangkan keletihan
  • Terapi haba untuk tumor
  • Kekejangan usus kanak-kanak

 

Pelbagai lagi aplikasi baru terapi FIR ini masih dibangunkan, yang menawarkan kaedah alternatif kepada aliran perubatan utama.

Pelbagai peralatan perubatan FIR juga boleh didapati di pasaran, namun prinsipnya adalah sama. Dengan menggunakan produk-produk FIR yang betul, orang ramai boleh mendapatkan manfaat fisiologi berikut:

  • Meningkatkan tindak balas fisiologi, mengurangkan pengumpulan lemak untuk meningkatkan kecergasan fizikal
  • Mengurangkan penggunaan fizikal, dan mengekalkan status pemakanan yang baik
  • Meningkatkan peluh dan ekzos lemak Subkutaneus dan mencapai kesihatan dan kecantikan
  • Mengaktifkan fungsi fisiologi untuk meningkatkan hormon dan enzim dan penyingkiran logam berat, toksin dan bahan buangan
  • Meningkatkan daya hidup, mengaktifkan metabolisme, menguatkan penggunaan sepenuhnya nutrien dan menghilangkan keletihan
  • Merawat penyakit otot dan saraf. FIR mempunyai kesan positif ke atas fungsi hati dan penghapusan ketegangan otot
  • Menghalang pertumbuhan sel-sel kanser, dan memecahkan protein yang tidak baik
  • Analgesik (penahan sakit) dan anti-radang, mengaktifkan fungsi imun
  • Pertumbuhan semula tisu dan saraf, mendapatkan semula kesedaran dan membina semula otot